Sunday, October 21, 2012

aku terima nikahnya....



aku terima nikahnya....maaf, aku bukannya bernikah lagi untuk kali kedua selepas aku terima nikahnya rosnah bt wahid pada tahun 1986 dulu. ini hanyalah tajuk sebuah filem yang aku gemari, tajuk filem yang sangat mengujakan. bukan mengujakan untuk aku kembali menjadi pengantin lelaki.  filem terbitan MIG ini benar2 menarik perhatian aku. Kisahnya, Johan (Adiputra) yang mengalami hilang ingatan dan disahkan selective amnesia apabila terbabit dalam kemalangan jalanraya. Johan yang sudah menikahi Arlisa (Nora Danish) tidak dapat mengingati perkahwinannya, malah hanya dapat ingat ketika dia berusia 31 tahun, iaitu 2 tahun sebelum mengenali Arlisa. Haa....masalah itu..Johan langsung tidak mengenali atau mengingati isterinya, malah dia cuba menjauhkan dirinya daripada Arlisa....

memang citer ini feeling abih....syok giler, penuh dengan gelora cinta...ewahhh..macam kita pulak yang bercinta...tapi aku bukannya adiputra. Nak tahu cerita selanjutnya? boleh ajer, kalau tak nak ke panggung, tunggu ajer di astro first....
tak sanggup aku berlakon kalu gini....imamku tak kuat,bro

antara adegan yang buat korang rasa geram dan marah2 sayang....

Saturday, October 20, 2012

sengal seorang raja....

tersebutlah alkisah di sebuah negeri yang diberi nama gajah menyusur, seorang raja kepada beberapa orang permaisuri, gundik dan beberapa orang anak telah melakukan sesuatu perkara yang sangat pelik lagi terlebih bijaksana.

pada suatu pagi, di halaman taman bunga yang dipenuhi pasu pelbagai bentuk,salah seorang anaknya yang sangat ringan tulangnya telah memberikan pendapatan pendapat dan buah tangan buah fikiran kepada ayahandanya supaya membeli sebuah almari katil baru dan menukar langsir kerana balai istana mereka akan dikunjungi oleh kaum kerabat dari sebuah negara besar di utara beserta dengan rombongan sekali. alangkah besarnya kemaluan malu jika semua itu menjadi buah mulut ahli rombongan itu kelak.

menurut anakandanya itu, katil dan langsir yang sedia ada sudah teramat buruk  lagi lusuh adanya, terasa kemaluan malu jika dilihat oleh rombongan itu nanti. raja yang tidak besar dan tidak kecil itu tidak menggarukan kepalanya yang tidak gatal, sebaliknya hanya bertitah,

"wahai anakanda yang budiman, ayahanda tak punya uang lagi. pergunakanlah  katil dan langsir buruk itu, tidak mengapa, tidak akan mengurangkan indahnya walau sejengkal jari yang kontot ini.",Sebaik sahaja mendengar titah ayahandanya, si anaknya tidak mampu mengeluarkan sepatah katapun, terus berlalu dengan hati yang kosong sebagaimana lagu yang dilantunkan oleh najwa latif..kosong...kosong......

tiba-tiba, seperti datangnya angin yang halus lagi mulus mengusap kepala si raja tadi, terus si raja itu bersiap sedia dengan persalinan yang kurang lengkap, mengarahkan hulubalangnya supaya mengikut si raja itu ke sebuah gedung barangan purba katil di tengah-tengah kotaraya negeri itu.

si raja yang tidak berapa cerdik itu, tanpa berfikir lebar ataupun pendek panjang,apatah lagi dengan kependekkan akalnya, mengajak seorang tukang ukir bunga, seorang tukang saji istana dan seorang pengilap kasut istana supaya mengiringi baginda ke gedung purba, untuk memilih  katil baru. tidak diajaknya permaisuri atau perdana menteri atau memanda menteri kendatipun anak baginda sendiri untuk turut serta dalam rombongan ke gedung purba . sekonyong-konyong cerdiklah akal si raja itu, kerana membawa tiga orang pengawal istana untuk memilih   katil dan langsir baru.

sekelian isteri,perdana menteri atau memanda menteri waima anakandanya sendiri dan rakyat terasa seperti diperbodohkan oleh raja yang tidak begitu tinggi akalnya. tiada diketahui akan asal usulnya tujuan membawa pengawal istana yang tiada akan kene mengenanya dengan pemilihan  katil dan langsir itu.

baginda terasa seperti seorang raja yang maha hebat dan mahakarya lagi mahatinggi, dengan uang yang penuh tempayan, dibelinya katil dan langsir baru hasil pembenihan akal antara mereka berempat.

tiadalah rasa apa-apa kebanggaan oleh sekalian permaisuri, gundik, perdana menteri, memanda menteri waima anakanda dan rakyat melihat katil dan langsir baru diusung ke balai istana untuk menyambut kedatangan rombongan diraja dan sekalian isi alam ke istananya nanti,melainkan terasa seperti kebengongan dan kesengalan yang sukar untuk diterjemahkan.

cerita dipetik dari hikayat raja-raja sengal siri 2
terbitan panji pustaka 1960-1961

Monday, October 15, 2012

di sebalik kegedikan che ' lah masterchef...

aku antara peminat setia rancangan realiti masterchef di astro, sejak musim pertama, ke musim masterchef selebriti, semuanya aku ikuti. pada kali ini, musim kedua, banyak perkara menarik dalam rancangan ini berbanding musim pertama.

peserta dari pelbagai latar belakang, daripada doktor hinggalah kepada pelajar. aku suka sangat kat peserta yang bernama che' lah....gediknya, manjanya, selambanya....memang lainlah...hahahahaaaa.....aku tau ramai yang tak suka dengan che' lah sebab gayanya yang mengada, menggoda..tapi tulah dirinya yang sebenar....tak hipokrit. steady che' lah.....
boleh tahan jugak che lah masak,yer...

sorang lagi yang aku minat, atiqah, bekas pramugari Oman Air, tapi dah tersingkir...inipun gedik semacam jer...apa nak buat,Q..dah takde rezeki..nak buat macamana,kan???

atiqah dah tersingkir...

ilaika, seorang lagi peserta yang lemah lembut, baik tuturkatanya, tidak tergedik-gedik...mampu memberi saingan kepada peserta lain..

malam semalam, hafez dah tersingkir....itulah akibatnya jika menipu..terimalah akibatnya....

aku ramalkan yang akan pergi ke peringkat akhir ialah izyan. diani tak banyak masalah, jujur dalam berkata2.

peserta lelaki yang bermulut longkang ialah peserta yang bertahi lalat di tepi bibir,siapa lagi kalau bukan dean...kata2nya,,fuhh mak datuk....pedih, menikam dan kesat. apa ni,bro? jagalah bahasa kau to,bro!!.

yang aku selalu ikuti juga, ialah cikgu ismail...hahahaaa...cikgupun terror masak....cara penyediaan masakan oleh cikgu ismail agak luar biasa dan luar dari kotak pemikiran sorang chef.....terbaik cikgu

Monday, October 8, 2012

aduhai cinta...



cinta itu
umpama mata kail
luka dilukai
sakitnya terlalu dalam
.......

Thursday, October 4, 2012

koko 2013....

pening jugok pale mikir nok susun  jawatankuasa koko 2013, yerlah..aku ni bukannya pk koko, cuma mangku pk koko je. aku cuba buat sehabis baik untuk semua. dok tahulah molek ke dok. kabinet bayanganlah katakan.... 

banyak perubahan dan rombakan yang telah aku buat untuk jawatankuasa koko 2013, perubahan hampir 95%, pertukaran jawatan sana-sini, semuanya untuk kepentingan sekolah. tapi dok tahulah pada pandangan orang lain, semua orang ada pandangan masing-masing. terpulang....

aku dok mahu berlaku lambakan ajk, kita nok buat keje sama-sama, mampu menetaskan idea, mampu menyuntik semangat untuk bekerja. aku sangat suka jika ada yang memberikan pandangan dan buah fikiran.aku tahu ramai cikgu yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga jika kena caranya. cikgu2 semuanya rajin, dedikasi, makkasi, semuanya terima tugas dengan hati yang terbuka. 

aku bukannya pandaipun, jauh sekali cerdik tapi buat kerja setakat yang mampu. biar semua cikgu gembira dapat bekerja, gembira dapat memberikan sumbangan idea,tenaga mental dan fizikal. cikgu tidak mengharapkan pingat atau limpahan wang ringgit tapi hormatilah kerjaya cikgu, baik tua mahupun muda. 

jom...kita bekerja!

ini koko krunch, ok?

awet muda macam rozita che wan....

pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan pertanyaan bertalu-talu....aku dok tahu nok kate guaner lagi...sampai masa kita jadi tua, takkan nok muda sokmo. tidak ada bezanya antara yang baru atau yang lama, yang muda mahupun yang sudah baru nok tua. semuanya ada kudrat dan kemampuan serta kelebihan masing-masing. ingat nok gi beli bitamin, kolejen, ginseng, tongkat muda ali..baru buleh tahan lamer...opppsss..boleh awet muda..


malangnya jika ada yang melabel begitu. "kita bukannya mengharapkan intan berlian atau gunung emas, malah pujianpun aku tak sudi jika tidak ikhlas",itu komen cikgu. cikgu, kita bekerja dalam satu pasukan, kita semua sederap, tapi kene menerima hakikat. paling kita dok suke bila ada yang dok kene, cepat-cepat kita luruskan jari telunjuk kepada pihak lain, kepada pihak tua 'lama'. ingat, kita semua berpasukan, baik muda mahupun tua, ke guane? sabor cikgu,sabor...

kita boleh berbincang, bermuzakarah dan bermuhasabah? secara analoginya, jika Datuk Lee Chong Wei menang pingat perak dalam sukan olimpik di london, maknanya pingat perak itu atas nama malaysia. ianya datang sendiri kepada negara walaupun yang bermandi peluh di tengah gelanggang adalah seorang yang bernama lee chong wei...

"tingkatan 5 tidak sama dengan tingkatan 3. mengapa kita tak bandingkan dengan tahun 6, kenapa tak dibandingkan dengan upsr? adakah semua guru sekolah rendah guru muda?"amboi, pedasnya komen. ayuh....ubah minda kita, semua guru adalah sama, sama berjuang, sama kuat bekerja.

mari kita intai petua sekolah lain, cuba kelebek rahsia cikgu sekolah lain, apa yang sedang mereka buat, apa strategi mereka, apa muslihat mereka? adakah semua guru sekolah yang berada di rangking 1,2,3 terdiri daripada guru muda belaka?

kata mereka lagi, "jagalah hati guru-guru, jangan dilukai hati dan perasaan mereka. mereka tidak mengharapkan pingat atau hadiah wang ringgit tapi janganlah disakiti atau disentap perasaan mereka yang bergelumang dengan kerja mereka sebagai guru". wajarkah mereka dilabel sebagai guru tua?

tingkatan 3 tak sama dengan tingkatan 5, gitu juge dengan budak-budak tahun 6 yang ambik upsr. silibus tak sama, pendekatan tak sama, kerja buat tak sama, pemarkahan tak sama, teknik menjawab tak sama. Jom kita duduk berbincang sama-sama, tentu ada jalan penyelesaiannya.

ini bukan cikgu wan tapi rozita che wan

anak-anak kita, ada yang cemerlang dalam spm tapi gagal dalam pmr. siapa guru mereka?

jom kita pakat wat keje,lupakan watak muda atau tua, dan maafkan 'dia'....'dia' dok bermaksud begitu.  hormatilah ketua kita....cikgu alfalah terbaekkkkk!

Monday, October 1, 2012

enaknya cili padi...

sesekali dapat dengar kata-kata atau dialog yang menyentuh kalbu, teringin nak diulang-ulang, tak puas nok dengor di cuping telinga yang nipis ini. lancarnya kata-kata dari lidah yang tak bertulang, yerlah..jika bertulang lidah, tak mampu nok berkata-kata lagi. lidah yang lembut, jika makan cili, tentu terasa kepedasannya, tapi lagi best jika pedasnya sampai ke lubuk hati atau seluruh anggota. itulah nikmatnya berkata-kata, bukannya susahpun nak mengeluarkan kata-kata seindah itu.


berikut adalah kata-kata yang enak kita dengar dari rakan sekeliling kita, terutamanya di sekolah:


  • nok perikse lele, baru nok wat projek, nok wat program...
  • bakpe dok wat program budok tingkatan 1 etek, acu boleh biar semua pelajar masuk dewan, cikgupun banyok keje jugok
  • wat program apa dewan tu, kita nok wat kelas,banyok lagi sukatan dok habis nie...
  • macamana nok maju kalu program dok wat
  • takdok keje, dok wat program sebab tu result dok rok...
  • nok wat kelas tambahan tapi budok dok mari...
  • pengurusan dok wat bendepun ke budok2 dok mari kelas tambahan
  • kurang sangat program budok tingkatan 3, sebab tu result jatuh debok...
  • suruh wat kelas tambahan tapi kedekut nok bayor...
  • banyok sangat wat program motivasi,dok dang kita nak habiskan sukatan...
  • patutlah perangai budok-budok koho teruk, sebab kaunseling takdok keje...
  • dah tak larat nak taip..byk sangat!

itik dan kura-kura...

semalam, dalam perhimpunan mingguan, salah seorang daripada guru yang berucap membawa sebuah kisah yang sudah lama tidak kita baca atau dengar, barangkali sudah kita lupa ceritanya. Kisah seekor kura-kura yang bersahabat baik dengan itik. tiba-tiba saje aku teringat dan terbayangkan gambar yang terdapat dalam sebuah buku cerita sewaktu aku masih kanak-kanak. gambar dua ekor itik terbang dengan mengigit sebatang kayu yang di tengahnya seekor kura-kura turut terbang bersama itik...


Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.

Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.